Thursday 26 September 2019

PENGALAMAN KERJA BANK

Hai semua, selamat datang ke blog ini. Masih mencari kerja ke ataupun sudah mendapat kerja. Yang baru graduate tu mesti mencari-cari kerja yang sesuai kan. Ha kat sini saya nak kongsi sikit pengalaman kerja sebagai banker ni. Mula-mula sekali korang kena la hantar resume korang dekat cawangan-cawangan bank yang berkaitan mengikut pilihan-pilihan bank yang korang suka. Ataupun paling senang korang search no. telefon HR bank tu terus, mintak email dia supaya korang senang nak hantar direct terus kat diorang. Ataupun kalau korang rajin berjalan (sayalah tu sebab nak kurus.He He He), korang hantar terus by hand kepada HR yang berkenaan.

ok saya nak share sikit skop kerja-kerja bank eh. Macam saya bahagian operasi iaitu kaunter hadapan.


TUGAS-TUGAS SEBAGAI CUSTOMER SERVICE REPRESENTATIVE (CSR)

1. Menguruskan wang pelanggan sama ada untuk masuk akaun ataupun pengeluaran wang melalui akaun secara tunai, debit akaun, menggunakan cek, IBG atau pemindahan melalui SI dan sebagainya di kaunter CSR.

2. Memastikan kerja mengikut SOP (Standard Operational Procedure) yang telah di tetapkan oleh bank.

3. Kena kenal slip-slip yang berkaitan seperti slip wang keluar, slip wang masuk, borang apa yang nak kena isi untuk transfer atau transfer pakai IBG kena pakai borang apa.

4. Filing dokumen-dokumen yang berkaitan.

5. Kena tahu limit wang yang CSR harus pegang.

6. Melayan pelanggan dengan penuh berhemah dan beradab.(bukan main cakap kasar ye)

7. Of course English kena faham sebab nanti dalam bank bukan semua orang pandai cakap melayu.

OK, yang selebihnya department akan bagitahu bila da masuk kerja ya..

Dan banyak lagi yang korang semua akan pelajari, termasuklah AMLA, WHISTLE BLOWING, COMPLIANCE..Bila dah faham skop kerja kita seronok taw..

Kalau korang ada apa-apa soalan ke ataupun tak faham ke boleh tinggalkan di ruangan komen ye..